Thursday, December 12, 2013

Thailand, aku datang.

Hi assalamualaikum.

Sawadikap? Lama tak update awak blog. Maaf ye, saya sibuk. But now, saya dah free. Hari tu sibuk sebab spm. Takde masa nak update blog. Huhu. Stress stress stress je sebelum ni. Nak keluar rumah, teringat spm. Nak enjoy sikit, teringat nak spm. Jadi macam ish resah gelisah. Hahahaha. Spm kan penting. Pastu macam ahhh tough gila. Dah la dengan isu soalan bocor la apa la. Aku tak dapat pape pun. Banyak cantik nak reseat exam. Hahahaha. Ponat den. Now, dah free. So, awak awak yang baca ni, doakan la saya dapat keputusan yang cemerlang. Amin. Keputusan yang boleh membahagiakan ibubapa saya. Keputusan yang boleh buat cita cita saya tercapai. Now saya tawakal je. Dah usaha kan. Bukan boleh ubah dah pun jawapan tu hehe. Spm memang a lil big tough ahhh rasa nak jerit koyak kertas masa jawab tu. Tambah tambah time paper addmaths, chemistry, physics and biology. Ramai gila yang keluar awal. Kejap kejap dengar orang jalan keluar. Lepas tu, bunyi kerusi tarik nak keluar pulak. Haih. Bertambah stress saya nak jawab. Tapi tapi tapi ok dah lupakan semuanya. Kepala time exam rasa macam ahh beratnya. Lepas dah habis exam rasa macam oh ok ringan sikit dah kepala.

Lepas je habis paper last hari rabu, paper biology. Kitorang masing masing terus balik rumah. Takde nak buat party bagai. Takde nak jerit bagai. Sebab budak kelas saya banyak budak india. Diorang tak merdeka lagi. Ada paper bahasa tamil dan kesusasteraan tamil. So takdelah happy sangat semua orang. Takde yang kibar bendera ke takde takde. Saya habis exam pukul 3:30 petang. Tapi saya pakai baju sekolah sampai pukul 6 petang haha. Macam sayang pulak nak bukak baju sekolah. Sebelum ni takde pulak rasa macam tu. Macam tu kot rasa dah tak jadi budak sekolah.

Habis exam pergi mana? Mana mana je. Hahahahaha apa la dah terang terang title post saya kali ni Thailand, aku datang. Ecececeh. Dua minggu lepas habis je spm, saya gi holiday kat hatyai. Three days two nights. Seronok sangat sebab dah lama tak pergi vacation. Tapi tak pergi satu family. Sebab along tak boleh join. Pergi thailand ni sebenarnya family day staff felcra. Tapi best apa, pergi ramai ramai. Staff semua sempoi sempoi. Kitorang bertolak malam. Pukul 10:30 malam hari jumaat, 06/12/2013. Naik 2 biji bus persiaran. Best! Saya dapat bus 2. Nak tahu saya pergi mana dkt thailand? Tunggu post lepas ni. Saya akan cerita experience saya dekat sana. Okay? Kalau saya rajin, saya update cepat. Hehe. (Update guna hp je ni)



Till then, bye and assalamualaikum! Xx