Saturday, January 18, 2014

Ish geram!

Assalamualaikum and hi! 😊

Aku gerammm eee geram. Aku tak suka bila aku masuk kedai apa apa pastu ada orang ikut je aku. Pekerja kedai la. Aku jalan kanan, dia pun kanan. Aku tak suka okay tak selesa. Aku nak tengok apa yang aku suka. Lantak la diorang memang kene buat camtu ke apa. Aku rasa macam muka aku ni mcm muka pencuri ke?! And aku akan rasa macam dia ni ingat aku tak reti ke nak pilih pilih benda ni? " miss, nak cari apa ye? " " takpe saya nak tengok tengok je *senyum* " pekerja tu pun duduk je belakang aku. Aku dalam hati woyyy hang pegi tempat lain boleh. Lima minit camtu, dia datang balik. " miss, nak cari apa? " " saya nak tengok je ". Seminit lepas tu, aku terus blah. Tak tahan dah. Karang tekanan darah aku tinggi pulak. Dari aku boleh cakap elok elok, terus jadi lain pulak kang. Memang la bagus kan dia terlebih rajin nak layan pelanggan. Ada setengah kedai lain tak layan langsung. Tapi bagus jugak, aku tenang je. Hahahaha. Kalau kita tak faham, baru panggil. Aku memang tak suka kedai jenis ikut je orang nak pergi mana. Hey pls pls pls jangan ikut aku kalau tak aku taknak beli pape ok bye xx 👺 (update guna handphone je ahahahaha)

Thursday, December 12, 2013

Thailand, aku datang.

Hi assalamualaikum.

Sawadikap? Lama tak update awak blog. Maaf ye, saya sibuk. But now, saya dah free. Hari tu sibuk sebab spm. Takde masa nak update blog. Huhu. Stress stress stress je sebelum ni. Nak keluar rumah, teringat spm. Nak enjoy sikit, teringat nak spm. Jadi macam ish resah gelisah. Hahahaha. Spm kan penting. Pastu macam ahhh tough gila. Dah la dengan isu soalan bocor la apa la. Aku tak dapat pape pun. Banyak cantik nak reseat exam. Hahahaha. Ponat den. Now, dah free. So, awak awak yang baca ni, doakan la saya dapat keputusan yang cemerlang. Amin. Keputusan yang boleh membahagiakan ibubapa saya. Keputusan yang boleh buat cita cita saya tercapai. Now saya tawakal je. Dah usaha kan. Bukan boleh ubah dah pun jawapan tu hehe. Spm memang a lil big tough ahhh rasa nak jerit koyak kertas masa jawab tu. Tambah tambah time paper addmaths, chemistry, physics and biology. Ramai gila yang keluar awal. Kejap kejap dengar orang jalan keluar. Lepas tu, bunyi kerusi tarik nak keluar pulak. Haih. Bertambah stress saya nak jawab. Tapi tapi tapi ok dah lupakan semuanya. Kepala time exam rasa macam ahh beratnya. Lepas dah habis exam rasa macam oh ok ringan sikit dah kepala.

Lepas je habis paper last hari rabu, paper biology. Kitorang masing masing terus balik rumah. Takde nak buat party bagai. Takde nak jerit bagai. Sebab budak kelas saya banyak budak india. Diorang tak merdeka lagi. Ada paper bahasa tamil dan kesusasteraan tamil. So takdelah happy sangat semua orang. Takde yang kibar bendera ke takde takde. Saya habis exam pukul 3:30 petang. Tapi saya pakai baju sekolah sampai pukul 6 petang haha. Macam sayang pulak nak bukak baju sekolah. Sebelum ni takde pulak rasa macam tu. Macam tu kot rasa dah tak jadi budak sekolah.

Habis exam pergi mana? Mana mana je. Hahahahaha apa la dah terang terang title post saya kali ni Thailand, aku datang. Ecececeh. Dua minggu lepas habis je spm, saya gi holiday kat hatyai. Three days two nights. Seronok sangat sebab dah lama tak pergi vacation. Tapi tak pergi satu family. Sebab along tak boleh join. Pergi thailand ni sebenarnya family day staff felcra. Tapi best apa, pergi ramai ramai. Staff semua sempoi sempoi. Kitorang bertolak malam. Pukul 10:30 malam hari jumaat, 06/12/2013. Naik 2 biji bus persiaran. Best! Saya dapat bus 2. Nak tahu saya pergi mana dkt thailand? Tunggu post lepas ni. Saya akan cerita experience saya dekat sana. Okay? Kalau saya rajin, saya update cepat. Hehe. (Update guna hp je ni)



Till then, bye and assalamualaikum! Xx

Monday, May 27, 2013

Pictures- Karnival Jom Masuk U!



A picture is worth a thousand words--

Karnival Jom Masuk U.
Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak.
06042013.


Sebelum bertolak ke Kuala Kangsar-- Zakiah, Jaysri, Rahimah and Aminah :-)


Bajet bajet cam nak gi haji/umrah-- Zakiah, Imah.


Dalam bus sekolah-- Shafiqah and Naomi.


Amira and Syafiqah.


My bff-- Zakiah and Imah.


Semua bajet macam tak nampak camera. Pandang lain lols.


Budak india, budak melayu, budak india.


Bff-- Me with Aminah.


Buat pewwwwww tu hahahahahaha-- Zakiah and Imah.


Ramai gila orang. Fuhh.


UPSI. Nampak tak sesak wehhh.


Politeknik-- Robot ni boleh sepak bola.


USM.


PICOMS.


My wishlist-- UTP.


University of Nottingham.


My lunch. Makan kt kedai mamak Kuala Kangsar-- Nasi kandar Rahimaniah rasanya.


Zakiah bajet bajet ayu baca doa makan. Hahahahaha.


Imah suka senyum. Last last pics aku yang takde.


Lastly, Zakiah and Imah. 
Pastu kitorang gi solat Zuhur and balik.



-The End-

Wednesday, March 27, 2013

Tuition and outing with my bff ;)


Hi and Assalamualaikum peopleeeeeeeeee! 

Almost 4 months dah tak update blog mygod how can i leave you alone baby. Banyak benda yang aku nak share dgn korang tapi tak share pun. Sharing is caring so macam mana aku ni jenis tak caring ke apa? Lawak hambar pulak dah ahahahaha. Potassium!

Jadi aku akan cerita kan serba sedikit tentang apa yang aku dah buat pada hari isnin minggu ini titik. Isnin bertarikh 25/03/2013. Cerita semalam punya woo woo panas lagi. Aku dah set dalam otak yang isnin aku akan menjadi bosan sebab minggu last sebelum cuti sekolah seminggu ni teacher dah gitau hari isnin pukul 9-12 am ada tuisyen bio! Aku dah set dalam otak ahhhh! 3 jams -.- Aku fikir asal la malang sangat hari first cuti aku dah kena bangun awal, siap pakai baju sukan sekolah, bwak moto vroom vroom, bawak buku sedangkan orang lain boleh tidur dengan nyenyak siap dengkur lagi haaa kantoi sape yang dengkur tu woy! Tuisyen pukul 9 am. Aku sampai sekolah pukul 9.10 am. Sebab aku mmg mcm ni. Aku ni jenis yang suka set ala datang awal pun teacher tak start lagi. Aku buat buat lambat. Betul jangkaan aku, sampai sekolah teacher tak start lagi tuition. Kawan aku pun ada yang tak smpai lagi. Kitorang buat PEKA. Buat PEKA sampai pukul 12.30 pm. Penat menulis je. Dah la aku tak pandai lukis. Buruk je lukisan aku eee. 
So here the pictures ; 

Pics dalam lab. Sutek sape lak aku snap ni ahahahaa. Faham bahasa tamil? Rugi kalau tak faham.


PEKA tajuk Transpiration. Daun bayam mayam sian kamu kena buat experiment je kan pastu buang dalam tong sampah. Ok adik adik sila buat karangan bertajuk ' Aku Sayur Bayam ' . Tipu kalau waktu sekolah rendah dulu korang tak pernah buat karangan aku sebatang pensel aku patah aku kena buang alahai cedihnya ahaks. Haa air tu jadi kaler oren sebab kitorang letak vaseline. Aku memula ingat letak vaseline petroleum jelly yang sapu kat bibir tu -.-



Zakiah and Aminah. Ze bee eff eff (Senah and Jemah) <3 br="" nbsp="">


Me and Imah. My (Bedah) forever! Jangan tanya gelaran dorang kat aku ape. Aku pun ade gak. Yuols wanna know? Ask them. Ahahahaaha :p


Minah, Zakiah and me. Kiah, kau dah terlebih jari ke sampai kena letak kat kepala aku? T.T
Walau apepun, aku sayang Senah, Bedah and Jemah sampai bila bila. Ingat apa yang aku cakap, sape kawen dulu aku nak jadi pengapit korang hahahaha!! 


Habis dah pics kt lab. Sebenarnyaa banyak lagi pics. Tapi apakan daya, ada yang mata ke lain, ada yang kelabu, i means macam tak berapa nak jelas sebab vibrate mungkin. 

Ok dah sampai ke bahagian klimaks nyaaa. Habis tuisyen pukul 12.30 pm. Laju laju keluar lab and start moto and berambus. Minah naik motor dengan aku. Kitorang pergi lunch sesama. Dekattttttttttttttttttttttttttttttttt situ haaaaaaaaaaaa mana teka ah. Hint pic bawah ni!


Answer ; Yemen Restaurant!

Aku boleh dikatakan seorang pemegang lesen motor b2 yang baru. Aku takut nak bawak moto bila dekat dengan traffic light yang besa atau boleh dikatakan sibuk. Banyak kereta. Aku fikir macam macam. Aku takut jatuh ah. Takut tersepit la. Takut terlanggar side mirror orang la. Takut nak menyelit. Asal nak smpai dkt traffic light je aku jerit dekat minah '' weh aku takut weh nak selit macam mana ni weh takut boleh tak aku duduk je belakang kereta wey T.T '' So, aku dah share satu kelemahan aku dengan korang. Caring dah aku ni. Ahahahaha. And alhamdulillah, aku sampai dengan selamatnya dekat restaurant tu. Bedah and senah pun selamat. Dalam hati aku berkata kata '' hebat jugak aku dlm takut takut traffic light yang besa besa tu sampai jugak Manjung '' . Dah la hujan rintik rintik. Kalau mama tahu, mesti mama dah suruh patah balik rumah sbb yelah bahaya kan bawak moto time hujan. Dah sampai tu aku call rumah. Aku cakap '' adik dah smpai dah. Tak hujan pun. Panas terik! '' Nampak tak permainan aku?

Kitorang pun masuk kedai dengan bawak beg sekolahnya, bawak helmet sorang satu buat dek je masuk. Dah duduk tu, macam takde pulak orang nak layan budak sekolah cam kitorang ni. Aku ni asyik fikir negetip je haha. Aku dah cakap dkt kawan aku '' weh kalau takde orang layan kita, kita gi horizon garden jela eh, sana pun sedap gak. '' Tup tup ada dah kakak tu datang ambik order. Dah la friendly hehe. Nampak mata je. Yelah restaurant arab la katakannn.

Pic nasik atas tu. Kitorang order Mendy Chicken utk 4 orang. Nasi talam. Kalau ambik sorang sepinggan konfem tak habis. Akak tu yang suggest kan utk kitorang.  Bawah ni air kitorang. Tak cukup lagi satu. Air aku dgn Imah je sama. Aku dengan dorang mana serasi. Tak teringin pun nak serasi dengan korang hahahaha.


Kitorang tambah buah. Dalam menu tu, aku tengok mcm mcm jenis buah ade. Tap tip tup dapat tembikai je. Takpelah, stok buah habis kot. Positipkan diri.


Muka muka tak sabar nak makan dimulakan dengan Senah yey yuuy yay jangan marah aku ye sbb aku tahu kau tak suka pics ni kiah ahahahaha tapi apakan daya, aku kisah ke kau suka ke tak kan?


Pose manja minah buat anda semua hahahahahaa aku tergoda weh! Minah aku harap kau baca apa yang aku taip ni hahahahahaha :p


Imah pose bajet bajet ayu haahahahahaha. Senyum kalau boleh nak nampakkan semua gigi. Kalau korang nak tahu, dia suka gigit tangan aku. Sekian. 


Kiah and Minah. Gambar ni nampak sopan. Maaf la, pic aku satu pun takde waktu kt sini. Kahkah. Keje snap pics dorang je. Aku bukan hotsetap. Ayat bajet hot. Blah.
Btw, iklan colgate ke yuols? hihi 


Dah habis makan. Nasi lebih banyak kot. Memang kitorang tak larat nak habiskan. Kalau korang kuat makan, korang untung la datang kedai cmni. Ni pun aku dah tambah dua kali nasi. Still tak habis gak nasi dalam talam tu. Ayam dia peh lembut gila.. Haa kat kedai ni ade jual kek batik jugak. Sedap! Satu singgit. Harga makanan kat sini pun affordable. Recommended! ;)


Lepas dah bayar ape semua. Kitorang gi kedai buku chiew and top two mart pastu balik rumah masing masing. Aku hantar minah kt rumah dia. Aku sampai rumah pukul 2 lebih centu aa. Tak berani nak balik lewat lewat. Andd alhamdulillah for an amazing day. That's all I wanted to share with yu guys. Ok till then, byeeeeee xx 



*p/s all of these pictures were taken using an iphone. Sorry for the bad quality ;)